fbpx
TAKLIMAT oleh pasukan keselamatan sebelum operasi mencari dan menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai hilang di Gunung Liang, Tanjung Malim hari ini. - FOTO IHSAN JBPM

Lelaki hilang ketika mendaki Gunung Liang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki berusia 34 tahun dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti mendaki bersama 10 rakan di Gunung Liang di sini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, lelaki yang dikenali sebagai Mustaqqem Mansoor itu memulakan pendakian pada Jumaat lalu dari Bukit Fraser, Pahang dan dijangka turun di Gunung Liang di sini.

“Kali terakhir mangsa bersama rakan-rakannya berada di puncak Gunung Liang pada pukul 10.30 malam, Selasa lalu dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan sehingga ke lokasi terakhir dia ditinggalkan dan turut disertai pasukan malim gunung bomba,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.59 pagi tadi dan operasi SAR disertai oleh pihak polis, Jabatan Perhutanan, Angkatan Pertahanan Awam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI