fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki hilang ketika daki gunung ditemui maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki berumur 34 tahun yang hilang semasa melakukan aktiviti mendaki bersama 10 rakannya di Gunung Liang, di sini telah ditemui maut di puncak gunung itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, mangsa iaitu Mustaqqem Mansoor yang alamat terakhirnya di Sungai Petani, Kedah ditemui selepas bomba melakukan pencarian dan mengikuti trek laluan mendaki sehingga ke lokasi terakhir hilang.

“Pada pukul 3.30 petang, mangsa telah dijumpai maut di atas puncak Gunung Liang Barat. Kami sedang menunggu helikopter bomba hadir di lokasi bagi kerja-kerja menurunkan mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Gunung Liang setinggi 1,934 meter yang terbahagi kepada dua puncak yang dikenali sebagai Liang Timur dan Barat digemari pendaki kerana cabaran mendakinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI