fbpx
Gambar hiasan.

JPN pastikan kesejahteraan mangsa rogol, pesalah dibuang sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengambil perhatian serius kes rogol dan penyebaran video kelakuan tidak senonoh melibatkan pelajar di sebuah sekolah di negeri ini.

JPN dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan segera telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Tumpuan utama pada ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian.

“Kes ini kini sedang berada dalam siasatan pihak polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya juga telah memulakan proses siasatan dalaman dan tindakan tegas buang sekolah akan diambil terhadap pesalah.

“Kementerian Pendidikan tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan,” ujarnya

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan polis menahan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di daerah ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan sejak Mei lalu.

Suspek terlibat juga disyaki menyebarkan bahan lucah itu sebelum ia tular di media sosial.

Kejadian rogol dikatakan berlaku di beberapa lokasi berasingan termasuk di kelas sebuah sekolah di daerah Baling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI