fbpx
Mohd. Ghazali (tengah) ketika memeriksa salah sebuah vesel yang disita pihaknya di Pangkalan Perlindungan Sumber Kg. Acheh dekat Lumut, hari ini.

Jabatan Perikanan Perak, PPM sita lebih RM3.5 juta rampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Op Inter Agensi yang dilaksanakan Jabatan Perikanan Perak dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Jabatan berjaya menghasilkan rampasan bernilai lebih RM3.5 juta iaitu yang terbesar direkodkan di negeri ini, tahun ini.

Pengarah Perikanan Perak, Mohd. Ghazali A. Manap berkata, operasi bermula Isnin lalu sehingga hari ini tersebut dibahagikan kepada dua sektor pengoperasian iaitu operasi perairan Pantai Barat dan operasi pemeriksaan di jeti nelayan sekitar Panchor di Pantai Remis dekat sini.

Beliau berkata, hasil daripada operasi perairan Pantai barat sebanyak dua buah vesel Zon C telah berjaya ditahan kerana melanggar Akta Perikanan 1985 dengan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 3,500,000.

“Tangkapan kedua-dua vesel Zon C tersebut berlaku di perairan 20.1 kilometer (km) dari Pulau Buluh, Kepulauan Sembilan. Vesel tersebut ditahan semasa sedang menjalankan operasi menunda oleh sembilan orang kru warga asing dari Myanmar.

“Pemeriksaan dijalankan dan mendapati vesel tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Mohd. Ghazali berkata, bagi hasil pemeriksaan darat melibatkan pangkalan jeti nelayan sekitar Panchor, didapati terdapat segelintir nelayan yang melanggar peraturan dibawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 dan Peraturan 2 di dalam Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap ikan) 1982.

Katanya, kesalahan berkenaan ialah menggunakan peralatan yang dilarang seperti bubu naga dan rawa sorong.

Beliau berkata, pihaknya dan PPM telah menyita sebanyak 666 buah bubu naga dan dua set galah bagi sampan rawa sorong dengan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM 66,000 (bubu naga) dan RM2,000 (galah rawa sorong).

“Kesemua barangan kes sitaan telah dibawa ke Pangkalan Perlindungan Sumber Kg. Acheh bagi siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI