fbpx
Mahmoud.

Hampir setahun jadi tahanan Israel, rakyat Palestin diseksa sampai buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda Palestin, Mahmoud Abu Foul menceritakan detik hitam yang dilaluinya selepas hampir setahun ditahan dan diseksa secara kejam oleh rejim Israel sehingga hilang penglihatan dan terpaksa hidup dengan satu kaki.

Kisah Mahmoud, 28, menjadi tular di media sosial selepas dia dibebaskan hasil perjanjian damai di antara Hamas dan Israel baru-baru ini.

Mahmoud yang kehilangan kakinya dalam serangan udara Israel pada tahun 2015 telah ditangkap oleh tentera penjajah ketika sedang menerima rawatan di Hospital Kamal Adwan, Gaza pada penghujung tahun lalu.

Menurut perkongsian video oleh beberapa pengguna media sosial, sepanjang tempoh tahanan itu, Mahmoud diseksa dengan kejam termasuk dipukul menggunakan alat logam dan dikenakan kejutan elektrik berulang kali.

“Selepas diseksa, saya koma selama dua jam. Apabila sedar, saya tidak lagi dapat melihat dunia.

“Mereka langsung tidak memberi rawatan, malah terus memukul dan menghina saya,” katanya.

Mahmoud berkata, dia menghabiskan masa selama lapan bulan di bawah penyeksaan fizikal dan mental tanpa sebarang perbicaraan atau akses kepada rawatan perubatan.

“Saya mungkin kehilangan penglihatan dan kaki, tetapi bukan semangat saya untuk terus hidup dan melihat tanah air saya bebas,” katanya perlahan,” ujarnya.

Kisahnya mendapat perhatian ramai pihak sehingga video tersebut dikongsikan lebih 300,000 pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI