fbpx
Alexander ketika hadir di Majlis Pecah Tanah Hab Pengecasan EV Bersepadu Pertama di Malaysia, di R&R Seremban Arah Selatan di Seremban, hari ini. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Hab EV pertama di Malaysia siap menjelang 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) Bersepadu Pertama di Malaysia (Hab EV) yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) Lebuh Raya Utara Selatan dijangka siap menjelang awal tahun 2027.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembangunan dengan kos kira-kira RM12 juta itu bakal merevolusikan konsep R&R lebuh raya dengan mengintegrasikan teknologi pengecasan pantas EV bersama ekosistem
perkhidmatan sampingan yang moden dan dinamik.

“Inisiatif Hab EV ini merupakan satu usaha yang selari dengan dasar dan hala tuju kerajaan dalam mempercepatkan peralihan tenaga dan mobiliti rendah karbon.

“Ia merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Mobiliti Rendah Karbon untuk mencapai sasaran sifar pelepasan rumah hijau menjelang 2025,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Hab Pengecasan EV Bersepadu Pertama di Malaysia, di sini hari ini.

Semasa majlis tersebut, Plus Malaysia Berhad dan Yinson GreenTech telah mengumumkan kolaborasi bersama melalui Terra ChargEV Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang akan membangunkan Hab EV itu.

Alexander berkata, Hab EV di R&R Seremban itu akan dilengkapi dengan 20 poin kemudahan pengecasan pantas selain kemudahan awam seperti surau, tandas dan sistem pencahayaan cekap tenaga turut disediakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI