fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta di Batu 8, Jalan Raya Timur Barat dekat Jeli, hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Guru maut kereta bertembung van ketika balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELI – Hajat seorang guru untuk pulang ke kampung tidak kesampaian apabila kereta yang dipandu bertembung dengan van di Batu 8, Jalan Raya Timur Barat, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.09 petang itu, mangsa, Wan Nurfarihin Wan Zamri, 26, meninggal dunia di lokasi dipercayai akibat cedera parah pada bahagian dalaman badan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohammad Asraf Mat Nazi berkata, siasatan awal mendapati, nahas berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari Perak untuk pulang ke kampungnya di Tumpat.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai bertembung dengan van jenis Toyota Hiace dari arah bertentangan.

“Akibatnya mangsa tersepit, manakala pemandu van berusia 63 tahun yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang cedera ringan.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa sebelum wanita itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI