fbpx
CHELSEA muncul pasukan yang memiliki nilai tertinggi di dunia ketika ini hasil kajian yang dilakukan oleh CIES. - AFP

EPL: Model bisnes Chelsea menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kajian terbaharu mendedahkan bahawa kelab dari Liga Perdana Inggeris berjaya menunjukkan peningkatan paling ketara dari aspek keseluruhan nilai para pemain mereka yang melonjak sehingga £300 juta (RM1.69 bilion) dalam tempoh setahun.

Pusat Kajian Sukan Antarabangsa (CIES) mendedahkan bahawa Chelsea di bawah kendalian Enzo Maresca muncul sebagai pasukan yang berkembang pesat dari aspek nilai pasukan apabila mencecah £1.56 bilion (RM8.78 bilion) ketika ini.

Jumlah tersebut merangkul nilai bintang sensasi mereka, Cole Palmer yang dianggap sebagai pemain yang memiliki tanda harga paling tinggi iaitu kira-kira £140 juta (RM788.68 juta) ketika ini.

Sepanjang musim panas lalu, Chelsea terus mengeluarkan dana untuk melabur dengan membawa masuk pemain muda Alejandro Garnacho, Joao Pedro, Estevao, Liam Delap, Jorrel Hato, Dario Essugo dan Jamie Gittens yang dianggap bakal memberikan dividen besar.

Kajian berkenaan dilakukan berpandukan nilai perpindahan pemain dan analisis mengenai nilai untuk tempoh beberapa tahun lalu selain mengambil kira pertimbangan urusan pembelian dan penjualan pemain pada kedua-dua jendela perpindahan setiap musim.

Hasilnya, Chelsea dilihat berjaya meningkatkan nilai pasukan sebanyak £315 juta (RM1.77 bilion) sekali gus mengatasi pencabar terdekat, gergasi Perancis, Paris Saint-Germain yang meningkat £263 juta (RM1.48 juta) untuk nilai keseluruhan £1.25 bilion (RM7.04 bilion).

Kelab ketiga yang menunjukkan lonjakan nilai adalah wakil Bundesliga, Eintracht Frankfurt pada nilai £255 juta (RM1.43 bilion) apabila peningkatan itu dibantu oleh hasil penjualan pemain mereka, Hugo Ekitike ke Liverpool.

Barcelona di tempat empat dengan peningkatan sebanyak £210 juta (RM1.18 bilion), manakala satu lagi pasukan dari England, Nottingham Forest turut berada dalam kelompok lima teratas pada nilai £183 juta (RM1.03 bilion).

Dalam pada itu, Chelsea juga berjaya menunjukkan mereka adalah pasukan yang paling bernilai di dunia ketika ini pada nilai RM8.78 bilion mengatasi pencabar terdekat, gergasi La Liga, Real Madrid yang dianggarkan bernilai £1.46 bilion (RM8.22 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI