fbpx
Tangkap layar hantaran netizen mengecam sepasang suami isteri selepas memberi anak berusia enam bulan mencuba 'marshmallow' dan keropok lekor di aplikasi Threads.

Dikecam beri anak 6 bulan ‘marshmallow’, keropok lekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dikecam netizen selepas memuat naik video memberi anak berusia enam bulan mencuba keropok lekor dan ‘marshmallow’.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, pasangan itu mendakwa tindakan mereka sekadar mahu anak kecil itu mencuba pelbagai jenis makanan lain dan bukannya untuk menggantikan makanan ruji bayi.

“Aku memang beri anak makan keropok lekor dan ‘marshmallow’. Tak sampai seminit pun bagi rasa makanan itu. Bukan boleh kunyah pun, setakat rasa pada lidah saja.

“Kalau bayi belum sedia nak proses makanan, jangan harap akan ditelan makanan itu. Memang mereka (bayi) terus luahkan (makanan) semula,” ujarnya.

Tambahnya, pengawasan terhadap pemakanan anak sering dilakukan dengan makanan lain termasuk bubur nasi dan sayur-sayuran.

Tindakan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang menganggap membahayakan kesihatan bayi.

“Nak bagi rasa-rasa sepatutnya makanan berkhasiat. Banyak lagi biskut bayi atau buah-buahan untuk bagi bayi rasa makanan sebenar,” kata @Feeqandia.

“‘Marshmallow’ manis. Buah pinggang bayi bukan macam orang dewasa. Umur 6 bulan sangat tak sesuai makanan macam itu,” komen @Jenny_rayyan

“Sistem penghadaman bayi ini sebenarnya belum matang sepenuhnya lagi. Dari luar mungkin nampak tiada masalah, tapi dalam diam boleh mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus, sebab itu kadang bayi kerap mengalami perut kembung,” komen @Filiaakasya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI