fbpx
PERENANG negara, Muhammad Dhuha Zulfikry bersemangat hadapi Sukan SEA Thailand 2025.

Dhuha lega boleh fokus sepenuhnya ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perenang muda negara, Muhammad Dhuha Zulfikry kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan Sukan SEA Thailand 2025 susulan keputusan kerajaan membenarkan atlet menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas tamat temasya berkenaan.

Atlet berusia 18 tahun itu berkata, pengumuman dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh banyak membantunya mengurangkan tekanan untuk menyeimbangkan antara akademik dan latihan menjelang temasya dwitahunan tersebut.

“Lega juga (dengan pengumuman YB Hannah), tetapi cabarannya tetap ada. Kertas peperiksaan terakhir saya selepas Sukan SEA ialah Matematik Tambahan, jadi ia agak mencabar,” katanya ketika ditemui pada sesi pertemuan atlet renang bersama Ketua Kontinjen Negara, Nurul Huda Abdullah di Bukit Jalil, hari ini.

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) itu bakal menduduki sembilan subjek termasuk Sains Komputer, Kimia dan Fizik, namun buat masa ini mahu mengetepikan tekanan peperiksaan bagi memberi fokus penuh kepada persiapan menghadapi temasya dwitahunan itu.

“Secara peribadi, sasaran saya ialah untuk melakukan yang terbaik. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya akan cuba dapatkan pingat. Tak kisah warna apa pun, saya akan cuba,” katanya.

Menjelang Sukan SEA Thailand, Dhuha akan beraksi dalam dua acara utama, 400 meter (m) dan 1500m gaya bebas  dengan 1500m menjadi sandaran utama untuk memburu podium.

“Secara realistik, acara 1500m paling dekat untuk raih pingat kerana itu acara utama saya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI