fbpx
WANIE Kayrie kini menyerlah dengan lagu rakyat yang diberi nafas komersial berjudul Cak Cak Cekuk.

Cak Cak Cekuk lagu rakyat tawan hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMAKIN hari, lagu nyanyian Wani Kayrie berjudul Cak Cak Cekuk kian menonjolkan kualitinya sebagai antara karya yang paling membekas dalam kalangan pendengar.

Bukan sahaja menjadi siulan ramai dan luar biasa dari segi toCakntonan dan penstriman, Cak Cak Cekuk tulisan Iqie Hugh, Karim Karam dan Shane Kennedy turut mencetus fenomena dijadikan antem dalam mana-mana acara termasuk di institusi pendidikan.

Terbaharu, Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah mencetuskan kejutan dalam kalangan penonton apabila mempersembahkan lagu

Cak Cak Cekuk pada Majlis Apresiasi Semarak Merdeka di IDCC Ideal Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.

Lebih istimewa, sekitar 3,000 pelajar yang terlibat sebagai ‘human graphic’ pada sambutan Hari Kemerdekaan 2025 dua bulan lalu turut hadir pada majlis berkenaan.

Usai persembahan, Wani yang ditemui berkata, dia berasa bangga dan terharu dapat bertemu semula dengan para pelajar yang menjadi sebahagian daripada persembahan penuh makna tempoh hari.

Tersentuh, ‘human graphic’

“Saya sangat tersentuh melihat semangat mereka. Walaupun muda, semangat cintakan negara mereka sangat luar biasa.

“Hari ini saya datang bukan sebagai artis, tetapi sebagai kakak yang ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, guru pengiring, dan pihak penganjur terima kasih,” ujar Wani.

Sepanjang persembahan, para pelajar yang hadir turut sama menyanyikan lagu Cak Cak Cekuk bersama Wani.

Selain menyanyi, Wani turut beramah mesra dan bergambar bersama pelajar.

Dalam masa sama, Wani juga berpendapat penganjuran majlis penghargaan yang julung kali diadakan ini sangat menarik dengan adanya permainan interaktif, reruai yang menarik dan pemberian pelbagai cenderamata kepada anak-anak KPM.

“Majlis ini bagi saya sangat bermakna untuk mereka yang terlibat.

“Saya rasa, majlis yang meriah ini perlu diteruskan setiap tahun sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan bakat seni dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya lagi.

Fenomena Cak Cak Cekuk turut membuktikan lagu rakyat Irama Malaysia masih utuh dan mempunyai pengikut sendiri sekiranya diadun dengan berkualiti dan tanpa perlu meminggirkan budaya Timur yang penuh adat dan kesopanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI