fbpx
Mangsa dibawa ke RSUD Darsono selepas ditetak di kepala dan punggung oleh cucu angkatnya. - Istimewa

Berang dipanggil cucu ‘pungut’, remaja tetak nenek 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang remaja di Pacitan, wilayah Jawa Timur ditahan selepas menetak nenek angkatnya kerana berang dipanggil cucu ‘pungut’, lapor portal berita Tribunnews. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) di rumah mereka kelmarin. 

Ketua Polis Pacitan, AKBP Ayub Diponegoro Azhar berkata, mangsa dikenali sebagai S, 70, memberitahu suspek tanpa sengaja bahawa dia merupakan cucu angkat. 

“Hasil siasatan mendapati suspek menggunakan parang untuk menyerang S. Dia mengalami kesan tetakan pada belakang kepala dan punggung. 

“Mangsa kini dirawat di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Darsono, manakala suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Pacitan,” kata Ayub. 

Siasatan masih giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI