fbpx
Anwar ketika berucap merasmikan Mesyuarat ke-43 AEBF 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. foto IQBAL ROSLI/ KOSMO!

ASEAN sepakat pacu Grid Kuasa serantau – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Negara-negara ASEAN sepakat mempercepat pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN (APG) bagi memperkukuh keterhubungan tenaga rentas sempadan dan memastikan bekalan elektrik yang mampan serta mampu milik kepada 680 juta penduduk rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata projek itu menjadi tiang utama kepada masa depan tenaga ASEAN yang rendah karbon, bersepadu dan berdaya tahan.

“Grid Kuasa ASEAN melambangkan aspirasi kita untuk menghubungkan sistem tenaga, berkongsi sumber serta membina daya tahan melalui saling kebergantungan.

“Melalui grid ini, kita mampu memanfaatkan tenaga boleh baharu, mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan menjamin tenaga mampu milik di seluruh rantau,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat ke-43 Menteri-Menteri Tenaga ASEAN dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 (AEBF 2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Anwar, Malaysia telah lama menyokong pelaksanaan APG menerusi pelbagai projek, termasuk Projek Integrasi Kuasa Laos–Thailand–Malaysia–Singapura dan cadangan keterhubungan Vietnam–Malaysia–Singapura.

“Selain hubungan sedia ada dengan Singapura dan Thailand, Malaysia turut terlibat dalam kerangka Brunei–Indonesia–Malaysia–Filipina yang sedang diperkukuh,” katanya.

Tambahnya, grid yang saling berhubung bukan sahaja memperkukuh integrasi ekonomi serantau, malah menarik pelaburan hijau, mencipta pekerjaan berkualiti dan menjadikan ASEAN hab industri tenaga bersih dunia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI