fbpx
Gambar hiasan.

AGC sahkan kes pelajar lelaki rogol junior didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan pelajar senior lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka akan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Dalam kenyatannya, AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan yang dikemukakan pihak polis.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap individu-individu yang terlibat.

“Sehubungan itu, AGC memutuskan untuk individu-individu terbabit didakwa di bawah Seksyen 375B serta 3778 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pada hari ini di Mahkamah Majistret Melaka yang mempunyai bidang kuasa setempat (local jurisdiction),” kata kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu lagi, AGC kekal komited untuk memastikan setiap kesalahan jenayah, khususnya yang melibatkan mangsa kanak-kanak dan jenayah seksual, diambil tindakan sewajarnya dan ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kosmo! pada 11 Oktober lalu melaporkan empat pelajar tingkatan lima dipercayai terlibat dalam kejadian memperkosa pelajar perempuan tingkatan tiga secara bergilir-gilir di sebuah sekolah di Alor Gajah direman enam hari sehingga hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, kesemua suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN