fbpx
ZALIMAN (tengah) bergambar bersama penerima pertama biasiswa sukan UniMAP - Budaya Positif dalam satu program diadakan.

8 atlet UniMAP diiktiraf biasiswa sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Lapan atlet Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mendapat ‘durian runtuh’ apabila telah terpilih menerima Biasiswa Sukan UniMAP–Budaya Positif hasil kerjasama strategik antara UniMAP dan syarikat industri Budaya Positif Sdn. Bhd.

Ia merupakan inisiatif bersama yang bertujuan mengiktiraf kecemerlangan atlet UniMAP serta menyokong pembangunan sukan berprestasi tinggi di peringkat universiti.

Menariknya, ia juga mencatat sejarah tersendiri sebagai program pertama seumpamanya di UniMAP yang melibatkan penglibatan industri secara langsung dalam menyokong pembangunan sukan dan kebajikan atlet universiti.

Inisiatif itu hadir selepas pelancaran Program Sukan Prestasi Tinggi UniMAP pada Januari lalu yang dipengerusikan oleh bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Mohamad.

Ia sekali gus menjadi bukti kesungguhan universiti dalam memperkukuh ekosistem sukan berteraskan prestasi, disiplin, serta keseimbangan akademik dan kokurikulum.

Majlis penyerahan biasiswa telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli bersama wakil Budaya Positif Sdn. Bhd., Salwa Samsudin.

“UniMAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Budaya Positif Sdn. Bhd. atas komitmen dan sokongan terhadap pembangunan bakat sukan di kalangan pelajar.

“Diharapkan jalinan ini akan terus diperkukuh dalam melahirkan lebih ramai atlet berdaya saing yang mengharumkan nama universiti dan negara,” menurut kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI