fbpx
Dzulkefly di Dewan Rakyat hari ini. IHSAN JABATAN PENERANGAN

353 sekolah terkesan akibat jangkitan influenza – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 353 buah sekolah, 96 buah tadika dan 35 institusi pendidikan lain termasuk kolej terkesan dalam kejadian kluster penyakit influenza.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, turut terkesan sebanyak 33 rumah persendirian, pusat jagaan (enam), tempat kerja (10) dan tiga buah penjara serta Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen)

“Secara keseluruhan, bilangan kluster jangkitan di institusi pendidikan meningkat kepada 201. Sekolah menengah mencatatkan bilangan kluster tertinggi,

“Sekolah rendah menunjukkan pola yang sama dengan kluster meningkat dan mencecah 72. Institusi lain seperti Kolej Vokasional, sekolah swasta dan taska turut mencatatkan peningkatan kluster dalam tempoh yang sama,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) setakat mana seriusnya kes influenza seluruh negara ketika ini.

Menjawab soalan tambahan Suhaizan, Dr. Dzulkefly menjelaskan, keputusan untuk menutup sekolah institusi pendidikan disebabkan jangkitan influenza bukan hanya berdasarkan bilangan kes yang dikesan.

Menurut beliau, penutupan mana-mana sekolah atau institusi pendidikan disebabkan jangkitan influenza berdasarkan penilaian risiko kesihatan awam oleh Pusat Kesihatan daerah (PKD).

“Antara faktor kita ambil kira adalah kadar serangan penyakit dalam kalangan murid, kadar ketidakhadiran murid dan guru, bukti penularan aktif dalam komuniti dan juga keupayaan sekolah melaksanakan langkah-langkah kawalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI