fbpx
Keadaan struktur bangunan yang tercabut dalam kejadian ribut di Kampung Sijangkang, hari ini.

[VIDEO] Ribut macam puting beliung rosakkan sekolah di Kampung Medan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan detik cemas kejadian ribut di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang petang tadi.

Angin kencang menerbangkan bumbung sebuah sekolah selain menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan berhampiran.

Kelihatan serpihan bumbung dan objek ringan berterbangan dibawa pusaran angin kuat.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 5 petang dan turut menyebabkan beberapa rumah penduduk dan sekolah di Kampung Medan mengalami kerosakan.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, kejadian itu menjejaskan beberapa kawasan dengan angin berpusing menyerupai puting beliung.

“Beberapa tempat di Sijangkang dilanda ribut dan puting beliung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI