PETALING JAYA – “Ini baru kawan sejati, sakit sama-sama,” itu antara reaksi orang ramai apabila melihat dua penunggang motosikal terjatuh selepas tidak sengaja memasuki jalan berlawanan arus kerana mengelak lori di Cameron Highlands.
Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @Fatinazrenrazaly, rakaman papan pemuka (dashcam) pada Oktober lalu menunjukkan tiada kecederaan serius pada mangsa-mangsa terlibat.
“Nasib baik masih ada ruang dan bukan gaung,” kata pengguna tersebut di ruang kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur atas insiden itu dan turut bersyukur tiada kemalangan serius terjadi.
“Ikut pepatah orang-orang tua dahulu. Kawan untuk ketawa mudah di cari, kawan untuk menangis, belum pasti ada,” komen @M.f.a616.
“Ini masalah penunggang motorsikal, tak kira selekoh atau simpang, laju betul. Selepas ini, jangan lupa untuk berhati-hati,” kata Azaz.
“Ini baru semangat setia kawan. Tak biarkan kawan jatuh sendiri, kena ikut jatuh baru nampak kawan sejati,” komen @Ruzzannabert – KOSMO! ONLINE
@fatinazrenrazaly Membalas kepada @adek.ieda ♬ DJ SEKECEWA ITU – DJ Kerolin