fbpx
Mahkamah Tinggi Shah Alam. - GAMBAR HIASAN

Balasan seludup PATI, lelaki masuk jel 18 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 41 tahun dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Oktober lalu kerana menyeludup dua migran Indonesia dua bulan lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tangkapan ke atas lelaki itu dibuat pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas bersama Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya.

“Operasi itu dilaksanakan di Jalan Taman Putra Kajang, Kajang pada 29 Ogos lalu. Suspek ditemui bersama dua migran di dalam kenderaan jenis Perodua Alza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, lelaki itu yang berperanan sebagai ‘transporter’ (pengangkut) membawa migran ke rumah transit diarah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh lelaki itu ditangkap.

Beliau menegaskan, pihaknya komited membanteras segala bentuk penyeludupan migran dan pemerdagangan orang.

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu, sindiket, majikan, atau pemilik premis yang menggaji, melindungi, atau bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI