fbpx
Shazeli pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Suspek peminat rahsia, pendam cinta kepada pelajar 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Remaja lelaki berusia 14 tahun yang membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya semalam didapati adalah peminat rahsia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek dikatakan memendam perasaan cintanya terhadap mangsa tersebut meskipun berlainan kelas.

Katanya, kedua-dua mereka adalah daripada kelas peralihan dengan suspek berada tingkatan satu manakala mangsa di tingkatan tiga.

“Setakat ini, siasatan mendapati suspek mempunyai perasaan kepada mangsa tetapi tidak dikongsikan kepada mangsa. Lebih kepada memendam perasan.

“Mangsa juga tidak mengetahui perasaan suspek itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menegaskan, suspek dan mangsa tidak mempunyai hubungan atau interaksi sebelum kejadian.

“Adalah dipercayai faktor dorongan emosi dan pengaruh media sosial dikenalpasti sebagai antara punca tindakan suspek berkelakuan sedemikian,” katanya.

Ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah mental, Shazeli berkata, buat masa ini pihaknya belum dapat mengesahkan keadaan kesihatan mental suspek itu.

“(Berhubung dakwaan cinta ditolak) itu masih dalam aspek siasatan sebab tiada keterangan yang jelas emosi kedua-duanya.

“Jadi, kami perlu dapatkan rujukan daripada pakar-pakar psikitari berkaitannya. Cuma kita pasti mungkin keadaan emosi tidak stabil pada suspek semasa kejadian itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI