fbpx
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim kurnia DKAT kepada 100 penerima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) Tahun 2025 di Istana Negara hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bagi berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Turut menerima darjah sama adalah Panglima Tentera Udara (PTU), Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara.

Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera, Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan darjah PGAT Kehormat kepada
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jenderal TNA Agus Subiyanto, Panglima Tentera Darat Kemboja, General Mao Sophan,
Ketua Angkatan Udara (TNI), Mohamad Tonny Harjono dan Panglima Tentera Udara Singapura, Mejar Jeneral Kelvin Fan Sui Siong,

“Pada istiadat berkenaan juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 20 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 18 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 28 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) melibatkan 28 penerima.

“Penganugerahan pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perkhidmatan ATM,”tulis hantaran tersebut.

Hadir sama pada istiadat berkenaan ialah Menteri Pertahanan Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Datuk Lokman Hakim Ali.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI