fbpx
Azalina.

Salah tetap salah, jahat tetap jahat, hukuman tetap jalan – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada individu terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang jika terbabit dalam jenayah termasuk kes rogol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan bahawa usia bukan alasan untuk melepaskan seseorang daripada tanggungjawab terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan.

“Macam saya cakap kelmarin, siapa sahaja yang terlibat dalam perlakuan jenayah termasuk rogol, tetap akan disiasat dan dihukum kalau bersalah. Tak kisahlah umur berapa sekalipun.

“Salah tetap salah! Jahat tetap jahat! Hukuman tetap jalan!. Apa pandangan korang? setuju tak?” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan tegas Azalina itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan pendirian beliau.

“Jika perlu sebat, maka sebatlah. Jika perlu hukuman mati, maka jalankan hukuman mati. Jika masih belum cukup umur, maka tunggu sehingga cukup umur barulah dilaksanakan.” kata Kanok Mte.

“Setuju…betullah, saya setuju YB Datuk Seri Azalina. Terima kasih.” jelas Amin Pamol

“Setuju, sokong YB tidak kira kalau dah buat salah.” ujar Ariddy Embok.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, golongan bawah umur yang terlibat dalam perbuatan buli tidak boleh menganggap diri mereka kebal daripada tindakan undang-undang.

Azalina berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Antibuli yang sedang digubal akan memastikan setiap kes mendapat keadilan sewajarnya sama ada pelajar bawah umur atau di institusi pengajian tinggi.

“Ramai beranggapan bawah 18 tahun tidak boleh dikenakan tindakan. Itu tidak betul. Hukuman tetap boleh dikenakan, cuma pendekatan dan jenis hukuman berbeza bergantung kepada umur dan tahap kesalahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI