fbpx
Qhalesya Medina

Remaja perempuan 14 tahun hilang di Sri Damansara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang selepas kali terakhir dilihat di Tiara Apartment, Jalan Damar SD15/6, Bandar Sri Damansara pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada 14 Oktober kira-kira pukul 4.50 petang.

Orang hilang dikenali sebagai Qhalesya Medina Roselaine, tinggi 1.48 meter dan berat 48 kilogram.

“Remaja itu berkulit sawo matang, hidung mancung, bibir nipis dan bertudung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Izahita Itam di talian 010-251 3690. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN