fbpx
Gambar hiasan.

Penjawat awam ditahan ‘ganggu’ anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang penjawat awam ditahan semalam selepas dipercayai ‘menyentuh’ anak saudara perempuannya yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa dengan kejadian itu berlaku ketika remaja tersebut sedang tidur di rumahnya di daerah ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kejadian berlaku pada pukul 3 pagi, 12 Oktober lalu di bilik mangsa.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 10.30 malam semalam, pihak polis membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 58 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Aka Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya hari ini.

Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret di sini hari ini dan suspek dibenarkan direman selama tujuh hari sehingga 21 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI