fbpx
Fadhlina

Pemasangan CCTV di asrama beri keutamaan sekolah tinggi kes buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan beberapa kriteria bagi pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di asrama sekolah tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pemilihan sekolah dilaksanakan berasaskan penilaian risiko dan keperluan setempat, dengan kriteria seperti mempunyai rekod kes buli bagi tempoh dua tahun terkini.

“Kriteia lain termasuk kepadatan penghuni atau enrolmen murid, perlindungan sedia ada (sama ada ketiadaan CCTV atau liputan CCTV yang tidak mencukupi) dan kesiapsiagaan infrastruktur elektrik dan rangkaian (dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada Kementerian Kerja Raya).

“Selain itu, pengesahan semakan tapak berserta khidmat nasihat teknikal bagi penempatan kamera daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan Malaysia (CGSO),” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai perincian terkait inisiatif KPM untuk memasang peranti CCTV bagi menangani isu buli.

Fadhlina berkata, KPM telah menyediakan panduan dalaman bagi pemasangan CCTV yang digariskan di kawasan institusi pendidikan, khususnya di asrama sekolah.

“Panduan ini digariskan bagi memastikan pelaksanaan pemasangan CCTV mematuhi prinsip perlindungan data peribadi serta privasi murid selaras dengan kehendak undang-undang dan dasar KPM.

“Pelaksanaan pemasangan CCTV di asrama-asrama yang lain akan dilaksanakan secara berfasa tertakluk kepada peruntukan kewangan serta inisiatif belanjawan tahun 2026,” katanya.

Dalam pada itu katanya, KPM menegaskan bahawa pemasangan CCTV secara berfasa ini adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan murid.

“KPM komited untuk memperkukuh keselamatan dan mengurangkan risiko buli di sekolah dan asrama seluruh negara,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI