fbpx
GAMBAR fail seekor ular tedung. - Foto AFP

Nenek 93 tahun dipatuk ‘king cobra’ ketika baring atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita berusia 93 tahun dikejarkan ke hospital selepas dipatuk seekor ular tedung ketika berehat di atas katil yang diletakkan di bawah rumahnya di Thailand, lapor laman berita Pattaya Mail hari ini.

Kejadian berlaku sekitar tengah hari di Kampung Yawi, daerah Mueang, Ahad lalu.

Menurut anak perempuannya, Yai Thong sedang berbaring apabila seekor ular tedung sebesar lengan orang dewasa, merayap naik ke atas katil. 

Ular itu menggigit jari wanita tersebut dengan perlahan, menyebabkan warga emas itu menggerakkan tangannya. 

Beberapa saat kemudian, reptilia tersebut menyerang semula dengan gigitan kuat, membuatkan Yai menjerit kesakitan sambil menggoncang tangannya untuk melepaskan ular itu.

Anak perempuannya segera membawa Yai ke hospital tempatan, di mana dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan segera. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI