fbpx
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai cuba membuka pintu kereta elektrik yang terkunci demi menyelamatkan pemandu. - Weibo

Lelaki terbakar hidup-hidup, pintu kereta elektrik gagal dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang lelaki maut selepas terperangkap di dalam kereta elektrik (EV) miliknya yang terbakar akibat berlanggar dengan kenderaan lain di China, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di bandar Chengdu, wilayah Sichuan pada awal pagi kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai cuba membuka pintu kereta jenis Xiaomi SU7 yang dijilat api di tepi jalan raya. 

Polis tempatan mengesahkan pemandu tersebut dikenali sebagai Deng dan berusia 31 tahun. 

“Dia dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum bertembung dengan kenderaan lain,” kata polis. 

Seorang saksi memberitahu akhbar The Paper dengan berkata: “Terdapat empat atau lima orang di tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa. 

“Walaupun kami berusaha bersungguh-sungguh, lelaki itu gagal dikeluarkan dan kami terpaksa menunggu bomba tiba untuk bantuan. 

“Mereka menggunakan alat khas untuk memecahkan tingkap kereta dan dari situ kami dapat mengeluarkan mangsa,” katanya.

Pintu Xiaomi SU7 itu dilaporkan terkunci apabila kenderaan kehilangan kuasa, menyebabkan pemandu terperangkap ketika api merebak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI