fbpx
Guan Eng ketika hadir di Mahkamah Sesyen tahun lalu. Foto oleh Amir Khalid/Kosmo!

Jika tiada ‘dealing’ awal, 2 lot tanah kerajaan negeri tak terlepas – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, jika tiada ‘dealing’ (rundingan) awal antara Lim Guan Eng dan dua ahli perniagaan, dua lot tanah milik kerajaan negeri tidak akan terlepas secara salah sehingga kerajaan Pulau Pinang mengalami kerugian.

Dua ahli perniagaan itu ialah Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dan mendiang Datuk Ewe Swee Kheng.

Pegawai Penyiasat yang juga Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulhilmi Ramli berkata, dua lot tanah itu ialah 702 dan 713 yang terletak di Bandar Tanjung Pinang.

“Berdasarkan siasatan, Lot 702 itu sebenarnya dikenal pasti seawal 2011. Melalui siasatan, Datuk Ewe berjumpa dengan tertuduh (Guan Eng) pada tahun sama untuk bertanyakan mengenai tanah-tanah kerajaan yang boleh diteroka.

“Tertuduh memaklumkan kepada beliau akan mencari satu projek negeri yang mana cara pembayarannya kepada kontraktor adalah melalui pertukaran tanah.

“Apa yang perlu Datuk Ewe lakukan adalah berurusan dengan kontraktor tersebut untuk menjual tanah pada syarikat Ewe dan jelas, inilah yang berlaku dalam kes ini di mana Lot 702 sememangnya diperoleh oleh Datuk Ewe,” kata saksi itu.

Pernyataan lanjut saksi itu menyatakan, berkaitan bayaran jualan tanah Lot 702, siasatan mendapati Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) menjual tanah tersebut kepada Ewein Zenith Sdn. Bhd. (EZSB) (syarikat Datuk Ewe) dengan harga jualan yang dipersetujui iaitu RM133 juta.

Mengikut perjanjian jual beli, EZSB perlu membayar kepada CZCSB sebanyak 60 peratus, manakala bakinya akan dibayar selepas pembangunan atas tanah siap iaitu City Of Dream (COD).

Sementara itu, saksi menyatakan pada 6 Oktober 2013, perjanjian awal untuk projek pembinaan tiga jalan utama dan terowong Pulau Pinang ditandatangani antara kerajaan negeri diwakili Guan Eng dan Datuk Zarul.

Dalam perjanjian awal projek dimulakan dengan kajian kebolehlaksanaan bernilai RM305.8 juta dan sebagai bayaran sebahagian Lot 702 atau 713 ditawarkan.

“Saya juga mengambil kira pada peringkat kajian pembinaan (FSS) untuk projek Terowong langsung tidak disiapkan, tetapi adalah menjadi suatu fakta bahawa syarikat Datuk Zarul memang memperoleh Lot 702 dan 713,” kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung pada 29 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI