fbpx
Rakyat Palestin menyerbu trak bantuan yang masuk dari persimpangan Karem Abu Salem di Khan Yunis, selatan Gaza pada 12 Oktober lalu. - AFP

Israel kurangkan jumlah trak bantuan masuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Israel memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa ia hanya akan membenarkan 300 trak bantuan memasuki Gaz bermula hari ini, separuh daripada jumlah yang dipersetujui sebelum ini, lapor laman berita TRT World semalam.

Selain itu, tiada bahan api atau gas akan dibenarkan masuk ke wilayah Palestin itu kecuali untuk keperluan khusus berkaitan dengan infrastruktur kemanusiaan.

Jurucakap Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Gaza, Olga Cherevko mengesahkan semalam bahawa PBB telah menerima makluman daripada COGAT. Ia merupakan cabang tentera Israel yang mengawal aliran bantuan ke Gaza.

COGAT berkata Jumaat lalu bahawa ia menjangkakan kira-kira 600 trak bantuan memasuki Gaza setiap hari semasa gencatan senjata.

Gencatan senjata yang rapuh di Gaza yang diperkenalkan di bawah rancangan Presiden Donald Trump, menuntut lintasan dibuka untuk membawa masuk bantuan ke wilayah yang dilanda kebuluran itu.

Jurucakap OCHA, Jens Laerke berkata, PBB mempunyai 190,000 tan metrik bantuan yang sedang menunggu dan bersedia untuk memasuki Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI