fbpx
Asyraf Wajdi (tengah) ketika menerima kunjungan Mohamad Ezri (kiri) di pejabatnya hari ini.

Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dihapuskan – Dr Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan sejak tahun 1954, namun pelaksanaannya tertakluk kepada prosedur ketat dan hanya boleh dilakukan oleh pihak berautoriti seperti pengetua atau guru besar.

Perkara itu dimaklumkan kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Mohamad Ezri Abdul Wahab dalam satu kunjungan di pejabatnya hari ini.

Asyraf Wajdi turut berkata, tujuan hukuman rotan adalah untuk mendidik, bukan menyakitkan, dan pelaksanaannya tidak boleh dilakukan secara terbuka.

“Merotan juga dianggap sebagai kaedah terakhir yang dilakukan sekadar memberikan pengajaran dan tidak sehingga memudaratkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Dr. Asyraf, sesi pertemuan bersama Mohamad Ezri yang juga Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia dan Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), turut membincangkan tentang keperluan meningkatkan kesedaran perundangan.

“Kami berbincang mengenai peri pentingnya memberikan kesedaran dan pengetahuan perundangan, bimbingan kaunseling dan intervensi psikologi dalam aspek buli dan jenayah terkait kanak-kanak.

“Antara lain jika hubungan seksual suka sama suka dengan pasangan bawah umur, ia boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah rogol (Statutory Rape),” katanya.

Dalam pertemuan sama, Asyraf Wajdi memaklumkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam dan Majlis Peguam Malaysia akan bekerjasama dengan MARA bagi menjalankan program kesedaran undang-undang dan bimbingan kepada pelajar di institusi pendidikan MARA (IPMA), termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Kerjasama itu bagi memberikan motivasi bimbingan dan kesedaran mengenai isu-isu terkait dengan buli, jenayah juvana, dadah.

“Agar intervensi pencegahan dan pendidikan dapat dilakukan segera selain penguatkuasaan undang-undang dan peraturan seperti prinsip yang saya tetapkan #YouTouchYouGo,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI