fbpx
Gambar hiasan.

Gangguan di stesen penjana Melaka punca ‘blackout’ di Lembah Klang, Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas Edra Power Plant, Melaka menjadi punca kawasan sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terputus bekalan elektrik sebentar tadi.

TNB dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berlaku akibat masalah terpelantik di stesen ber­kenaan.

“Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas.

TNB menasihatkan orang awam untuk segera melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik dengan menghubungi talian 15454, mesej di Facebook TNB Careline atau X @Tenaga_Nasional atau e-mel kepada [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI