fbpx
Muhamad Nor (kanan) dan anggota polis yang membawa eksibit kes dari mahkamah itu, hari ini. -FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED

Fakrul Aiman mengaku bersalah bunuh, bakar kekasih hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang pemuda mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasih hamilnya di Sabak Bernam, dua tahun lalu.

Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, membuat pengakuan tanpa syarat itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norliza Othman.

Tertuduh yang berpakaian hitam itu turut mengakui semua fakta kes dan lebih 100 eksibit dikemukakan pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Nor Tamrin.

Norliza akan menjatuhkan keputusan hukuman ke atas Muhammad Fakrul Aiman, kira-kira pukul 2.30 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI