fbpx
MAINOO gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Amorim untuk saingan musim ini. - AFP

EPL: Punca Mainoo tersisih didedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pemain Liverpool, Steve Nicol percaya kemampuan terhad yang dimiliki oleh Kobbie Mainoo terutama ketika tanpa bola menjadi punca dia gagal berada dalam kesebelasan utama Manchester United.

Mainoo tidak berjaya menembusi skuad utama United untuk tujuh aksi pertama Liga Perdana Inggeris sekali gus menjadi petanda awal bahawa dia mungkin tidak lagi menjadi pilihan pengendali pasukan itu, Ruben Amorim.

Pemain berusia 20 tahun itu ‘meletup’ ketika era Erik Ten Hag, namun Amorim dilihat lebih mempercayai gandingan Bruno Fernandes bersama Casemiro atau Manuel Ugarte untuk mengemudi kawasan tengah United.

Situasi itu menyebabkan Mainoo berdepan spekulasi bakal meninggalkan Old Trafford pada jendela musim sejuk ini dengan Napoli dikait sebagai destinasi baharu demi memburu tempat ke Piala Dunia 2026 bersama England.

“Pada pandangan saya, Mainoo adalah pemain yang sangat baik apabila bola berada di kakinya, tetapi apabila pihak lawan menguasai permainan, dia seperti hilang arah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Tidak keterlaluan juga, dia mungkin tidak melakukan apa-apa ketika berdepan situasi seperti itu. Dia tidak mampu menghalang pemain lawan untuk menekan benteng pertahanannya sekali gus menjadi masalah besar untuk United.

“Apabila anda beraksi untuk kelab besar, anda perlu terlibat sama ada bersama atau tanpa bola. Salah satu kekurangan Mainoo adalah dia kurang terlibat dalam membantu pertahanan pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI