fbpx
Masalah gangguan Internet yang dihadapi pengguna susulan kejadian bekalan elektrik terputus di Lembah Klang.

Elektrik tak ada, internet pun ‘loading’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribuan pengguna di seluruh negara berdepan masalah gangguan talian internet berikutan bekalan elektrik terputus secara serentak di Lembah Klang petang ini.

Gangguan yang dilaporkan berlaku pada pukul 4.15 petang tadi melibatkan sebahagian kawasan Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati sebahagian besar pengguna mengadu rangkaian telefon dan internet terjejas menyebabkan mereka tidak dapat mengakses aplikasi komunikasi.

Sementara itu, beberapa pusat beli-belah di Lembah Klang dilaporkan bergelap disebabkan gangguan sama.

“Satu pusat beli-belah gelap. Macam mana nak keluar?,” kongsi pengguna X.

“Pusat beli-belah di Damansara pun ‘blackout’ (terputus bekalan),” ujar pengguna lain.

“Kawasan Batu Gajah, Pusing Dan Papan juga tiada bekalan elektrik, lampu isyarat pun tergendala,” kata pengguna Threads. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI