BEIJING – Sebuah mahkamah di China meluluskan tuntutan cerai yang dibuat seorang wanita selepas dia ditolak dari tebing oleh suaminya di Thailand enam tahun lalu, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Wang Nan, bertahun-tahun membuat tuntutan itu selepas insiden tersebut berlaku ketika dia dan suaminya bercuti ke Thailand.
Mahkamah Rakyat Daerah Qinhuai di Nanjin, wilayah Jiangsu, meluluskan tuntutan perceraian itu pada 10 Oktober lalu.
Suaminya, Yu Xiaodong kini menjalani hukuman penjara 33 tahun di Thailand.
Wang Nan yang juga dikenali sebagai Wang Nuannuan di media sosial ketika kejadian sedang hamil tiga bulan apabila Xiaodong menolaknya dari tebing setinggi 34 meter di sebuah taman negara pada Jun 2019.
Dia terselamat dalam insiden itu, namun mengalami keguguran. – AGENSI