fbpx
Gambar hiasan

ASEAN Ke-47: Kuala Lumpur ‘lockdown’, 16,000 polis digerakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Trafik di pusat Bandar Raya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada minggu depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi bermula 23 hingga 28 Oktober.

Susulan itu kata beliau, anggota Polis Diraja Malaysia seluruh negara akan digerakkan bagi membantu dan melancarkan aliran trafik.

“Polis akan menggerakkan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara, khususnya dari negeri-negeri bersempadan dengan Kuala Lumpur bermula 23 Oktober ini.

“Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan polis tidak akan berkompromi perkara berkaitan aspek keselamatan,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sebanyak 72 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 dan 28 Oktober ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 nanti.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, murid berkenaan masih tertakluk kepada PdPR dan pelajaran dalam talian yang akan dilaksanakan.

“Untuk ASEAN, kita tak boleh tutup (sekolah) tapi, sesi pembelajaran secara dalam talian yang akan dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI