fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Anwar selar pembangkang tidak faham pelaburan pulih bangunan warisan KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pihak pembangkang yang ‘tidak faham’ mengenai pelaburan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) bernilai RM600 juta bagi pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara.

Anwar berkata, usaha itu demi pemuliharaan kepentingan sejarah dan identiti nasional serta peninggalan era silam selain simbol warisan raja-raja Melayu dan perjalanan negara menuju kemerdekaan.

“Dia (pembangkang) tak faham, kita jaga (pulihara) warisan sejarah kekuatan Melayunya dan sejarah kita dari bangunan Carcosa Seri Negara, padang Dataran Merdeka, Kereta Api Tanah Melayu, bangunan Daya Bumi sehingga Carcosa Seri Negara.

“Itu seolah-olah satu taman warisan. Kuala Lumpur itu dikenali sebagai sesuatu yang moden teknologinya tetapi yang segar budayanya dan apabila kita mula labur di situ, akan menarik minat pelaburan lain berkembang di sekitarnya,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang mempersoal langkah kerajaan mengumumkan pelaburan RM600 juta daripada Khazanah Nasional untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah, Carcosa Seri Negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan RM60 juta itu bukan wang kebajikan, tetapi untuk menjaga kepentingan sejarah.

Pada masa sama, katanya, usaha tersebut amat disenangi Sultan Selangor kerana pemuliharaan itu termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI