fbpx
Tangkap layar video itu.

ADUN Sekinchan terima ugutan video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim menjadi mangsa terbaharu ugutan kandungan pornografi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu, pejabatnya semalam menerima satu surat menerusi pos yang mengandungi tangkap layar palsu mendakwa mempunyai akses video berkaitan diri beliau.

Katanya, mesej itu menggesa beliau supaya segera menghubungi melalui e-mel jika tidak mahu keluarga dan reputasi kerja diganggu.

“Saya mendapati ia tangkap layar video AI yang meletakkan gambar profil saya dengan seorang wanita tidak dikenali tanpa pakaian di sebuah bilik hotel.

“Justeru, saya menegaskan bahawa ia adalah palsu dan individu itu bukan diri saya,” katanya petang ini.

Tegasnya, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi turut menjadi mangsa ugutan berkenaan.

Ugutan sama turut menimpa Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI