fbpx
Faridah (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil IPT yang menyertai Skuad Waja Siswa di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

9,737 kes remaja hamil luar nikah dalam tempoh lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) merekodkan sebanyak 9,737 kes remaja hamil luar nikah di seluruh negara dalam tempoh lima tahun, malah lebih membimbangkan kes itu melibatkan remaja seawal usia 10 hingga 19 tahun.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Dr. Faridah Awang berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan jumlah pendaftaran yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sebanyak 1,116 kes jenayah seksual dilaporkan bagi kumpulan umur 19 hingga 30 tahun sejak Januari hingga Ogos lalu. Selain itu, seramai 1,091 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dikesan dijangkiti HIV dalam tempoh 2020 hingga 2024.

“Angka itu memberi gambaran jelas tahap kesedaran atau pendidikan berkaitan kesihatan reproduktif termasui keselamatan diri masih rendah dalam kalangan remaja dan mahasiswa,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Skuad Waja Siswa Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Faridah berkata, sehubungan itu, JPW menubuhkan Skuad Wanita Anti Jenayah Siswa (Skuad Waja Siswa) di IPT sebagai platform rakan advokasi kampus bagi meningkatkan kefahaman mengenai isu keselamatan, jenayah dan kesihatan reproduktif.

“Kerajaan turut melaksanakan langkah konkrit dalam menangani kes keganasan terhadap wanita sekali gus memperkukuhkan sistem keadilan melalui pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) dan penubuhan Tribunal Anti-Gangguan Seksual,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI