fbpx
Tangkap layar remaja autistik Palestin yang telah dibebaskan tentera Israel.

[VIDEO] Remaja autistik Palestin dibebaskan dari penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang remaja Palestin berusia 18 tahun yang menghidap autisme antara tahanan yang dibebaskan oleh rejim Israel selepas beberapa bulan dikurung tanpa belas kasihan.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, Omar Yahya Al-Qarinawi dilaporkan ditembak ketika sedang menunggu bantuan berhampiran paksi Netzarim sebelum ditahan oleh tentera Zionis.

Difahamkan, Omar Yahya telah dipindahkan ke Hospital Syuhada Al-Aqsa oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) sejurus selepas dibebaskan bagi menerima rawatan.

Rakaman tersebut menyentuh hati pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih melihat nasib remaja istimewa itu.

“Luluh hati saya tengok dia. Dia budak autistik yang tak bersalah, tak patut dipenjara dan dilayan sebegitu,” kata @simanyusof7

“Macam mana remaja autistik boleh dianggap sebagai penjenayah?,” soal Noorsyangtan.

“Kebebasan bukan keistimewaan, tapi hak. Tiada kanak-kanak patut membesar di dalam penjara dan dalam ketakutan,” komen Azuriy. – KOSMO! ONLINE

@trtworldThe Israeli army has released 18-year-old Omar Yahya Al-Qarinawi, a Palestinian teen with autism, months after shooting and detaining him in central Gaza. Al-Qarinawi from Al-Bureij camp was shot while waiting for aid near the Netzarim axis before being arrested under dire humanitarian conditions. He has been transferred to Shuhada al Aqsa Hospital by International Committee of the Red Cross (ICRC) following his release.

♬ TRT World – orijinal ses – TRT World

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI