fbpx
Sharifah Syahirah bergambar pada ASEAN+3 Forum on Women and Digitalisation 2025. minggu lalu.

UPTM komited berdaya saing di peringkat ASEAN, Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) komited untuk muncul sebagai antara institusi pendidikan tinggi berdaya saing di peringkat ASEAN dan Asia melalui penganjuran bersama ASEAN+3 Forum on Women and Digitalisation 2025.

Forum anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Institut Kemajuan Desa (Infra) itu berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober lalu.

Naib Canselor UPTM, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah Sy. Shiekh berkata, penganjuran forum itu sekaligus menandakan komitmen negara dalam memperkasa wanita luar bandar melalui keterangkuman digital dan pembangunan mampan.

“Melalui kerjasama dengan KKDW dan Infra, UPTM berpeluang menonjolkan kepakaran akademik, kemahiran pelajar serta inisiatif penyelidikan yang menyokong pembangunan mampan komuniti serantau.

“Pengiktirafan ini turut mengangkat peranan UPTM sebagai universiti Mara kedua selepas UniKL yang aktif menggerakkan pelbagai inisiatif strategik di peringkat ASEAN.

“Ia sekaligus mengukuhkan reputasi UPTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang progresif dan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang di peringkat antarabangsa.” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Sharifah Syahirah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KKDW dan INFRA atas kepercayaan yang diberikan untuk menjadi hos bersama acara berprestij ini.

“Pihak universiti percaya bahawa sinergi seperti ini akan terus memacu kejayaan bersama dalam memperkukuh ekosistem pendidikan serta pembangunan sosioekonomi serantau pada masa hadapan,”ujarnya.

Bertemakan “Empowering Rural Women through Digital Inclusion for Sustainable Futures”, ASEAN+3 Forum on Women and Digitalisation 2025 memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita luar bandar melalui digitalisasi.

Turut menjadi tumpuan forum berkenaan termasuk pembangunan literasi digital, peningkatan kemahiran komuniti luar bandar, dan peluang ekonomi melalui teknologi baharu.

Forum itu diadakan sekali dalam sedekad, menjadikannya platform bersejarah untuk Malaysia mengetuai wacana digitalisasi wanita di rantau ASEAN.

Ia juga menyokong komitmen global terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 5) yang menekankan kesamarataan gender dan pemerkasaan wanita.

Antara tokoh akademik yang terlibat termasuk Prof. Ts. Dr. Zahrah Yahya, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) UPTM, Prof. Datuk Dr. Rashila Ramli, Fellow Professor UPTM, serta Naib Canselor sendiri yang bertindak sebagai panel dan moderator.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI