fbpx
GALICH (kanan) ditemukan mati ditembak dalam kereta Lamborghini. - Foto Instagram/konstantin_kudo/Jabatan Polis Kyiv

Taikun kripto ditemui tidak bernyawa dalam kereta Lamborghini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KYIV – Seorang taikun kripto ditemukan mati di dalam kereta Lamborghini miliknya di Kyiv, Ukraine selepas pasaran mata wang digital menjunam teruk, lapor portal berita Metro.co.uk semalam.

Konstantin Galich, 32, yang juga dikenali sebagai Kostya Kudo dilaporkan meninggal dunia selepas salah satu krisis paling buruk melanda pasaran mata wang kripto.

Usahawan terkenal dalam industri kripto itu ditemukan dengan kesan tembakan di kepala di dalam kereta hitam miliknya yang diletakkan di kejiranan Obolonskyi.

Kematian  Galich  kemudian disahkan menerusi saluran Telegram miliknya.

Polis turut dilaporkan menemui sepucuk pistol berdaftar atas namanya di tempat kejadian.

Menurut polis Kyiv, Galich memberitahu keluarganya bahawa dia berasa tertekan akibat kesulitan kewangan dan sempat menghantar mesej perpisahan kepada mereka. 

Pihak berkuasa kini menyiasat sama ada kematian itu berpunca daripada tindakannya sendiri atau melibatkan unsur jenayah.

Kematiannya berlaku ketika pasaran kripto global mengalami kejatuhan mendadak dengan anggaran kerugian sekitar £14 bilion (RM78 bilion) dalam tempoh beberapa jam, menyebabkan para pelabur  panik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN