fbpx
Gambar hiasan.

SPRM tahan pekebun haram musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang lagi peneroka haram kerana disyaki mengusahakan kebun tanaman durian serta terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memperoleh, menerima, memiliki, memindah dan menggunakan wang daripada aktiviti hasil tanaman pokok durian di tanah berstatus Hutan Simpan dan Tanah Kerajaan di negeri ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Raub.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 hingga 2025 dan mereka memperoleh keuntungan daripada aktiviti haram ini sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

“Tangkapan ini adalah rentetan daripada penahanan lima pengusaha kebun haram berhubung kes yang sama baru-baru ini,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2001.

Katanya, suspek dilepaskan selepas diambil keterangan dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek lain saksi-saksi berkaitan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI