fbpx
AZIMUDDIN (tengah) meledak jaringan buat skuad negara melalui pukulan sudut penalti ketika seri 1-1 dengan Australia kelmarin. - RAJA JAAFAR ALI

SOJC: Keyakinan Young Tigers makin meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih skuad hoki remaja negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin tetap berpuas hati dengan aksi diperagakan para pemain selepas seri 1-1 berdepan Australia pada Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya kelmarin.

Menurutnya, corak permainan Young Tigers jelas menunjukkan peningkatan berbanding aksi pembukaan berdepan Pakistan yang menyaksikan pasukannya dibelasah 2-7.

“Kita bermain secara terbuka dan tidak berlebihan sehingga ke kawasan penalti lawan kerana tidak boleh memberi ruang kepada lawan untuk melakukan serangan balas.

“Kita cuba menguasai bahagian tengah dan memaksa lawan menyerang di bahagian sayap dan dari situ kita sekat mereka. Tapi pada penghujung perlawanan, kita bermain terlalu rendah dan ini perlu diperbaiki.

“Sebenarnya, kita boleh memenangi perlawanan, kita mempunyai beberapa peluang menerusi pukulan sudut penalti, gol padang dan serangan balas, namun tidak berjaya disudahkan dengan baik,” katanya.

Young Tigers membuka jaringan hasil pukulan sudut penalti Azimuddin Shakir Kamaruddin di suku masa pertama sebelum Australia menyamakan kedudukan pada minit ke-47 melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Ian Grobbelaar.

Dalam pada itu, beliau turut memuji prestasi penjaga gol, Haziq Muizuddin Hairul Mizan yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan setelah beraksi cemerlang menafikan percubaan berbahaya Australia.

Katanya, keputusan positif itu memberi keyakinan kepada pemain untuk berdepan New Zealand hari ini memandangkan corak permainan lawan tidak jauh berbeza dengan Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI