fbpx
Sonita menunjukkan keadaan rumahnya yang terbakar dalam kejadian di Kampung Periok Hilir, Tumpat semalam. Foto ROHANA ISMAIL/KOSMO!

Simpanan RM3,000 kegunaan anak masuk tentera hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Wang simpanan RM3,000 milik seorang suri rumah yang mahu digunakan untuk anak melapor diri bagi latihan perajurit tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan bulan depan hangus terbakar di Kampung Periok Hilir, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, 90 peratus struktur tiga rumah penduduk musnah akibat dijilat api.

Sonita Mat Ariffin, 40, berkata, dia berasa terkilan apabila tidak sempat menyelamatkan wang tersebut yang disimpan di dalam almari.

Katanya, wang tersebut akan digunakan untuk urusan anak sulungnya, Mohd. Izzat Izuddin Mohd. Noor Azli, 18, yang akan melapor diri bagi mengikuti latihan perajurit tentera di Port Dickson pada 6 November ini.

“Selain wang simpanan, dokumen lain termasuk laporan X-ray, surat tawaran dan sijil persekolahan Mohd. Izzat yang akan dibawa untuk urusan pendaftaran turut hangus.

“Ketika kejadian, saya bersama suami dan anak sulung sedang membeli barangan persiapan Mohd. Izzat di Tunjong, Kota Bharu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sonita memberitahu, kejadian kebakaran itu menyebabkan, mereka empat beranak dan ibunya tinggal sehelai sepinggang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN