PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran itu melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 4 petang ini.
“Antara kawasan yang terlibat ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, Perak manakala Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.
“Selain itu, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang manakala di Selangor, hanya Sabak Bernam turut dijangka terjejas dalam cuaca buruk itu.
Amaran cuaca buruk itu berterusan termasuk di Johor iaitu Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di Johor, hanya daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi manakala negeri Sarawak adalah Kuching, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang turut diramal cuaca yang sama.
Sementara itu, ribut petir turut dijangka di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song) dan Limbang, Sarawak.
Bagi negeri Sabah, Pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) turut diramal cuaca yang sama. -KOSMO! ONLINE