fbpx
Nam Ron mengakui sangat mengagumi lelaki berpengetahuan luas serta petah berbicara yang tidak bersikap angkuh.

Saya mudah tergoda dengan lelaki pintar – Nam Ron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menghargai individu berkredibiliti, pelakon dan pengarah Nam Ron mengakui sangat mengagumi lelaki berpengetahuan luas serta petah berbicara yang tidak bersikap angkuh.

Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 55, berkata, berbual dengan golongan lelaki pintar memberikan banyak input bermanfaat yang tidak membosankan.

“Saya mudah tergoda dengan lelaki yang pintar, berilmu, petah apabila berbicara serta tidak menyombongkan diri.

“Saya akan duduk mendengar apabila dia bercerita kerana setiap kata-katanya bagai emas yang berharga,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Menurut pelakon filem Qifarah itu, perkara tersebut merupakan luahan yang perlu dikongsikan kepada orang ramai.

“Ada masanya, apa yang saya rasa, terkeluar dengan kata-kata. Selamat Malam Malaysia,” ujarnya.

Difahamkan, hantaran itu mempunyai kaitan dengan sokongan serta rasa hormat terhadap pendirian aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA.

“Respek pada ZRA yang tidak menadah muka demi kemasyhuran,” tulisnya dalam hantaran lain.

Sukarelawan yang turut bersama 22 peserta dari Malaysia ke Gaza itu sebelum ini pulang terus secara diam-diam sebaik tiba dari Turkiye, Istanbul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

ZRA yang banyak berkongsi mengenai situasi di Gaza antara pengamal media tempatan terawal yang menyelinap masuk ke Israel dan Palestin untuk merakam dokumentari pada 2005 dan 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI