fbpx
Ahmad Zahid.

Perdagangan Malaysia-Kemboja dijangka lebih AS$1b menjelang 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia optimis nilai perdagangan dua hala dengan kemboja bakal melepasi angka AS$1 bilion (RM4.7 bilion) menjelang 2026 susulan peningkatan mendadak aktiviti ekonomi antara kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perdagangan antara kedua-dua negara mencatatkan pertumbuhan kukuh apabila mencecah hampir AS$750 juta (RM3.5 bilion) setakat Ogos lalu meningkat 45 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.

“Kedua-dua pihak yakin nilai perdagangan dua hala akan melebihi AS$1 bilion menjelang 2026.

Malaysia kekal sebagai antara pelabur utama di Kemboja, dan kami berhasrat memperluas kerjasama dalam ketersambungan digital, tenaga boleh diperbaharui dan industri agro-makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Kemboja atas sokongan berterusan terhadap pelabur Malaysia yang beroperasi di negara itu.

“Hubungan erat dan saling percaya antara kedua-dua negara menjadi asas kepada kejayaan kerjasama ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata, Malaysia dan Kemboja turut sepakat memperkukuh perdagangan pertanian, khususnya dalam sektor minyak sawit dan beras sebagai langkah meningkatkan keselamatan makanan serantau.

Beliau turut menambah, kerjasama dalam bidang tenaga kerja dan pendidikan akan terus diperkasa termasuk peluasan peluang tenaga pengajar serta pensyarah Kemboja di Malaysia menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET).

Lawatan rasmi itu turut menyaksikan perbincangan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri Kemboja bagi memperkukuh pelbagai aspek kerjasama termasuk industri halal dan pelancongan kesihatan menjelang tahun melawat Malaysia 2026. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI