fbpx
TRUMP menunjukkan dokumen yang dimeterai semasa Sidang Damai Gaza di Sharm El-Sheikh, Mesir semalam. – AFP

Pembinaan semula Gaza bermula – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Presiden Donald Trump dan pemimpin Mesir, Qatar serta Turkiye  menandatangani deklarasi untuk membawa keamanan ke Gaza pada sidang kemuncak di pusat peranginan Mesir, Sharm el-Sheikh, lapor Perbadanan Penyiaran Britain.

“Hari baru indah menjelang dan kini pembinaan semula (Gaza) bermula,” kata Trump semalam sambil memuji pemimpin serantau yang membantu mengukuhkan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Terdahulu, dalam ucapannya di Knesset, Trump memberitahu ahli-ahli Parlimen Israel  yang bersorak bahawa ‘mimpi ngeri yang panjang dan menyakitkan akhirnya tamat’.

Israel akan membebaskan 250 tahanan Palestin dan lebih 1,700 rakyat Palestin lain yang ditahan semasa operasi ketenteraan dua tahun di Gaza sebagai pertukaran untuk 20 tebusan terakhir Israel yang masih hidup dalam tahanan Hamas.

Pertukaran terkandung dalam fasa pertama rancangan damai Trump itu  juga merangkumi pengembalian mayat 28 tebusan Israel.

Di Mesir, Trump tersenyum lebar bersama Presiden abdul Fattah al-Sisi dan lebih 20 pemimpin lain dari seluruh dunia.

“Semua orang gembira,”  kata Trump sambil menambah, beliau telah melakukan perkara  besar sebelum ini’  tetapi  kali ini ia ‘sungguh lancar’.

“Masa 3,000 tahun untuk sampai ke tahap ini, bolehkah anda percaya? Dan ia akan berkekalan juga,” katanya.

Selepas sidang selesai, Presiden al-Sisi menganugerahkan pingat diperbuat daripada emas tulen dinamakan Order of the Nile sebagai penghormatan tertinggi Mesir kepada Trump. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN