fbpx
Dr. Mohd. Azam ketika Sidang Akhbar Khas di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini berkaitan kes kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Selangor. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Pelajar ditikam: Sekolah tidak ditutup, PdP berjalan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah menengah di Selangor berjalan seperti biasa meskipun berlaku insiden kematian seorang pelajar perempuan akibat ditikam.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, sekolah berkenaan tidak akan ditutup dan PdP berjalan seperti biasa.

“Sekarang ini proses PdP atau sekolah itu akan berjalan seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan sama ada sekolah berkenaan akan ditutup sementara bagi memberi ruang kepada siasatan pihak berkuasa.

Katanya, siasatan itu tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI